nana nan gula : glukos, fruktos, laktos

 Gula hanyalah singkatan untuk molekul karbon + hidrogen + oksigen. Kepelbagaian rantaian gula boleh menjadi kawan atau lawan dalam badan anda. 


Glucose.


Datang dari nasi, roti, kentang, dan pelbagai karbo ringkas.


Baik untuk tenaga segera, menjadi elemen storage gula di otot sebagai Glycogen utk aktiviti muscle. Menjadi elemen simpanan sedikit lemak di hati sebagai elemen survival spesis utk tenaga jangka masa panjang. Jahanam kalau ambik terlampau, di mana badan kita sebenarnya tak memerlukan ia dengan banyak. Terlalu banyak, badan simpan jadi lemak. Lemak banyak, Insulin Resistance, obesity, energy toxicity.


Fructose.


Asalnya datang dari buah dan tumbuhan yang manis. Memaniskan isi buah supaya senang dimakan oleh spesis. 


Ia tidak menaikkan gula dalam darah walau sehabuk pun, tapi ia terus dihantar ke hati. Molekul ini dijana oleh hati menjadi lemak dengan kadar SEGERA supaya boleh sustain survival dan tenaga jangka panjang spesis. Baik untuk mereka yang ingin tenaga jangka panjang tanpa perlu makan dengan kerap, atau ubat untuk keadaan penyakit yang mengurangkan selera makan. Supaya pesakit ada internal energy utk digunakan sementelah tak selera makan. Jahanam apabila digunakan sebagai perasa dalam minuman/makanan menyebabkan ketagihan melampau dan kondisi NAFLD.


Lactose.


Asalnya datang dari susu dan dairy product. 


Karbo ringkas segera yang berguna untuk tenaga segera, mengandungi segala nutrisi dengan keutamaan komposisi tenaga lemak dan karbo mendominasi. 


Bagus untuk tenaga spesis sedang membesar, tenaga segera semasa kekurangan sumber karbo ringkas yang lain, dan generate tenaga simpanan aka lemak supaya sustain energy dalam jangka masa yang lama dan panjang. Jahanam sekiranya digunakan sebagai minuman harian walaupun dah besar panjang, menambah elemen energy toxicity, lactose intolerance.


Madu ada 80% elemen glucose dan fructose. 100 gram madu ada 80 gram karbohidrat (gula), dalam at least 40% glucose dan 40% fructose. Pandai2 la korang nak paham apa aplikasinya dalam kehidupan sebagai ubat.

Ulasan