Ini juga salah satu perubatan alternatif untuk pesakit covid, murah dan mudah.
Hanya perlu :-
- air kelapa (biasanya kelapa muda)
- air limau kasturi
- garam
Masukkan dalam cawan/gelas, kacaukan dan minum. Sekadar dua kali sehari Teruskan pengambilan sampai sihat
AIR BUNGA CENGKIH
Untuk amal harian saya selalu meminum air bunga cengkih yang direndam didalam air panas.
Ada kenalan saya juga telah dijangkiti covid 19, telah hilang deria rasa. Beliau telah amalkan penggunaan air ini sebagai minuman, alhamdulillah dalam tempoh 3 hari deria rasa kembali dan badan terasa segar semula.
Ada pelbagai ubatan boleh dicuba, mungkin ada yang serasi dan mungkin ada yang tidak. Kita cuma berikhtiar, bertawakkal. Sakit dan sembuh itu datang dari Allah.
Selamat mencuba.
Saya tidak bertanggungjawab atas kesan terhadap perubatan alternatif ini. Saya hanya kongsikan untuk kebaikan bersama.
Ulasan
Catat Ulasan